Saturday, January 5, 2019

DUA2012: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM


 TAJUK E-FOLIO: 

Fakta Saintifik yang Terdapat Dalam Al-Quran 



Nama Pensyarah: Ustaz Muhamad Nur Zaidi


NAMA AHLI KUMPULAN:   


1.MUHAMMAD AKMAL SYAFIQ BIN ANUAR                            02DEE18F1022
2.MUHAMMAD FARIS FIRDAUS BIN SAHAROM                      02DEE18F1184
3.MUHAMMAD HAMIZI BIN ABD HALIM                                  02DEE18F1030
4.MOHAMAD AMMIRUL ASHRAF BIN AZHAR                        02DEE18F1122


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isi Kandungan:

1. Pendahuluan
2. Cap Jari
3. Permulaan Alam menurut Al-Quran
4. Proses Perkembangan Kejadian Manusia
5. Madu
6. Proses Kejadian Hujan




PENDAHULUAN
  14 Abad yang lalu, Allah SWT telah menurunkan kitab suci Al-Quran kepada umat manusia sebagai garis panduan.Terdapat banyak fakta saintifik yang ada dalam Al-Quran seperti proses kejadian alam dan proses kejadian manusia. Kalau kita mengkaji Al-Quran, banyak yang kita saksikan dan belajar sudah diterangkan dalam Al-Quran .Masih banyak isi kandungan Al-Quran yang kita pelajari. Dengan mempelajari intipati Al-Quran kita dapat memahami banyak perkara di dunia ini serta dapat mengaplikasikan dan mengaitkan dalam proses uji yang dijalankan oleh para saintis. 


Antara fakta-fakta saintifik yang terdapat dalam Al-Quran adalah:


1.Cap Jari

Manusia mempunyai tubuh badan yang berbeza setiap seorang walaupun terdapat 7 billion manusia di bumi ini. Malah ini hanya manusia zaman sekarang, tidak dikira lagi manusia yang datang daripada zaman sebelum ini setelah manusia hidup di bumi berapa ribu tahun yang lalu. Bayangkan setiap manusia ini mempunyai cap jari yang berbeza setiap orang.
Perbezaan cap jari ini dimanfaatkan oleh ahli ilmuwan untuk mencipta alat-alat yang mampu mengesan cap jari setiap orang. Cap jari juga banyak digunakan untuk meningkat tahap sekuriti dalam pelbagai alat seperti Iphone, kad pengenalan dan sebagainya. Kekuasaan Allah mencipta cap jari setiap orang dalam bentuk berbeza ini sungguh hebat dan sangat unik. 
Dalam ayat Al-Quran jelaskan menerangkan bahawa Allah mampu menyusun jari-jari kita dengan sempurna dan tidak satu lengkungan jari kita yang sama dengan orang lain walaupun kembar kita sendiri.
Penerangan ini tertulis dalam Surah Al-Qiyamah  ayat 3-4








"3. Apakah manusia mengira, bahwa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya?"
"4. Bukan demikian, sebenarnya Kami kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna."

2.Permulaan Alam menurut Al-Quran


Dalam Surah Al-Anbiya ayat 30, Allah SWT berfirman yang bermaksud:


-Dan tidaklah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan segala sesuatu dari air, maka mengapa mereka tidak beriman? -  

-Terdapat satu teori yang telah diterima umum ,dikaji oleh para pengkaji dari barat iaitu teori Big Bang tentang kejadian alam, ia mengatakan bahawa alam ini pada asalnya bercantum, kemudian berlaku satu letupan yang kuat (cosmic explosion) 10 ke 20 bilion tahun yang lalu, yang dinamakan sebagai Big Bang. bermula dari situ berlakulah pengembangan dan penyejukkan (expanding and cooling) yang melahirkan bintang-bintang yang ada pada galaksi sekarang ini.Kajian-kajian terkini dapat mengukuhkan lagi teori Big Bang.

  Penemuan ini sudah ternyata dalam Al-Quran membuktikan bahawa islam adalah agama yang benar kerana  banyak penemuan yang dijumpai sudah tertulis dalam Al-Quran. Namun perkara ini tetap tidak meyakinkan ahi kosmologi kerana rata-ratanya tidak mempercayai Tuhan atau athies. 


3.Proses Perkembangan Kejadian Manusia



   Prof (Dr).Keith Moore seorang profesor embriologi dan Pengerusi Jabatan Anatomi Universiti Toronto di Kanada. Pada masa kini beliau adalah salah seorang pakar rujuk tersohor dalam bidang embriologi. Beliau telah diminta memberikan pandangan mengenai maklumat yang terdapat dalam Al-Quran berkaitan bidang embriologi. Setelah mengkaji isi kandungan Al-Quran, sebahagian besar maklumat mengenai embriologi menepati penemuan-penemuan moden dalam bidang embriologi.    
   Penemuan para ilmuwan barat ini berlaku pada tahun 1940 tetapi proses telah tertulis dalam Al-Quran sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi. Ada antara ilmuwan memeluk Islam setelah mendapat tahu bahawa kebenaran yang tertulis dalam Islam dan ini menunjukkan betapa hebat Al-Quran.

Kejadian manusia ini tertulis dalam Al-Quran dan dalam surah yang berikut cukup jelas menerangkan tentang manusia. Surah Al-Mukminun Ayat 12-14:





Ertinya: 
       Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian, air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian, Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain. Mahasuci Allah, Pencipta yang paling baik. (Q.S. al-Mukminun [23]: 12–14)



4.Madu




    
 Lebah madu adalah salah satu dari sekian banyak makhluk hidup yang dibekali Allah kemampuan lebih untuk hidup. Mereka mampu berorganisasi dengan baik di sarangnya. Kemampuan lain yang dimiliki lebah madu adalah kemampuan membuat sarang dengan memilih bentuk geometri yang iaitu  bentuk heksagonal pada sel-sel sarangnya. Dalam perhubungan dengan sesama lebah, mereka juga menggunakan komunikasi yang efektif. Produk yang dihasilkan lebah seperti madu, lilin, propolis royal jelly, dan beevenom tidak hanya berguna bagi koloninya sendiri, tetapi juga berguna bagi manusia.
    Madu diiktiraf sebagai salah satu penawar tertua di dunia. Walaupun rasanya manis, madu kaya dengan pelbagai khasiat dan faedah sebagai amalan makanan kesihatan harian. terdapat 1001 khasiat dan kebaikan di dalam madu. Madu diperkaya dengan mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fostat. Madu juga kaya dengan vitamin B1, B2, C, B6, B5, dan B3.

Telah disebut dalam Surah An-Nahl ayat 68-69:


Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan/dibangunkan oleh manusia. (68)

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (69)

5.Proses Kejadian Hujan



Proses pembentukkan hujan dapat dikenalpasti dan dikaji setelah penciptaan radar cuaca barulah peringkat peringkat pembentukkan hujan dapat dikenalpasti.


Berdasarkan hal ini, pembentukan hujan terjadi dalam 3 peringkat. Pertama, bahan asas dalam hujan naik ke udara melalui tiupan angin. Kemudian, awan pun terbentuk dan akhirnya titisan hujan pun timbul.
Penilaian Al-Quran mengenai formasi hujan merujuk secara tepat kepada proses ini. Dalam sepotong ayat, pembentukan ini diterangkan sebagai berikut.

Surah Ar-Rum ayat 48:


Ertinya:


  “Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. (Surah Ar-Rum: 48)

                              Penutup
Kesimpulannya ini hanya beberapa dari banyak lagi fakta saintifik yang terdapat dalam al-Quran. Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa Al-Quran bukan kitab sains, tetapi ia adalah konsisten dengan sains. Untuk mendakwa bahawa fakta-fakta saintifik dalam Al-Quran adalah disebabkan oleh kebetulan akan menjadi tidak rasional. Penjelasan terbaik adalah bahawa Allah mendedahkan pengetahuan ini kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Sama seperti Al-Quran mengandungi pengetahuan tentang dunia semula jadi, ia juga mengandungi maklumat mengenai dimensi dalaman jiwa kita. Ia berkaitan dengan perasaan kita, kehendak dan keperluan. Al-Quran memberitahu kita bahawa kita mempunyai tujuan dalam hidup, dan bimbingan Allah akan membawa kita kepada ketenangan jiwa dalam kehidupan ini, dan syurga di akhirat kelak. Dan bahawa penolakan ajaranNya akan membawa kepada kemurungan di dunia dan api neraka selepas kematian.

                                      Rujukan

1)https://iluminasi.com/bm/5-fakta-sains-yang-sudah-tertulis-dalam-al-quran.html

2)Buku Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam 
(Mohd Azli Adnan , Asnuurien Najma Ahmad , Azman Ab Rahman ) (Pertama kali diterbitkn pada 2015 )

3)http://www.tayibah.com/eIslam/kejadianhujan.php

4)https://ms.wikipedia.org/wiki/Madu




Terima Kasih








DUA2012: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM  TAJUK E-FOLIO:  Fakta Saintifik yang Terdapat Dalam Al-Quran  Nama ...